Pokok Avokado

Persea gratissimaAvokado (Jawi: ‏اۏوکادو‎‎) atau alpukat ialah sejenis tumbuhan buah-buahan dari genus Persea keluarga Lauraceae.[1] Ia menghasilkan buah yang mengandungi biji tunggal besar[2] dengan isi yang lemak lembut apabila cukup masak.Pokok ini bertaburan asal di Mesoamerika meliputi tengah negara Mexico dan Guatemala, tetapi tersebar luas secara penanaman di kawasan-kawasan tropika (termasuk sejauh Nusantara) dan iklim Mediterranean seluruh dunia.[1] Buah ia sangat dimanfaatkan sebagai buah segar atau diproses lanjut bagi pelbagai kegunaan.